From: i_muslim137@hotmail.comTo: the_hilwah@hotmail.comSubject: selamat menyambut bulan ramadhan...Date: Fri, 29 Aug 2008 23:16:45 +0800
Assalamualaikum wa rahmatu Allahi taala wa barakatuh;
sempena datangnya bulan ramadhan saya minta maaf keatas segala kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa pada zahir dan batin yang telah saya buat pada teacher.saya amat kesal keatas dosa-dosa itu semua. saya harap ilmu-ilmu yang diajarkan kepada saya dan rakan-rakan saya dapat dihalalkan. moga-moga dengan hati ikhlas teacher ini dapat memaafkan saya. selamat menyambut bulan ramadhan, mudah-mudahan bulan ramadhan pada tahun ini lebih baik dan paling bermakna daripada tahun-tahun yang lepas.
My reply (a practice for my Malay writing also)
Waalaikumusalam wa rahmatu Allahi taala wa barakatuh
E-mail ini sangat mengejutkan. Walaubagaimanpun, saya dapat merasakan keikhlasan awak untuk meminta maaf. Sebagai seorang guru, saya tidak pernah berdendam dengan murid-murid saya. Oleh itu, awak tidak perlu khuatir. Ilmu yang tidak seberapa yang saya sampaikan kepada semua murid-murid saya mestilah halal. takkan haram kan? hehe.. jadi bab itu pun awak tidak perlu khuatir ye... Sebaliknya, saya sebagai seorang guru yang tidak berwibawa harus meminta maaf dengan awak dan murid2 saya yang lain sebab saya telah gagal untuk mengerjakan tugas saya dengan sempurna. Saya harap, awak dan kawan2 awak yang lain dapat memaafkan saya. akhir sekali, saya harap awak dan rakan2 awak yang lain akan bekerja keras untuk menimba ilmu yang bermanfaat supaya dapat bersumbang kepada masyarakat Islam kita dan membanggakan agama kita. ini juga satu peringatan buat saya. selamat mengerjakan ibadah puasa. moga-moga Allah menerima semua amalan2 awak dan mengabulkan semua doa2 awak. kalau free lepas hari raya, kunjungilah rumah saya. InsyaAllah ia sentiasa terbuka untuk murid2 Madrasah Aljunied saya yang sentiasa saya ingati. Wasalam,Cikgu Hilwah P.S: Boleh saya tahu nama awak dan kelas awak? takkanlah awak mintak maaf tapi tak beritahu saya nama awak.
Sunday, August 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment